SKFS Dalam Pembangunan Sekolah_Kebangsaan_Felda_Selasih

Bilik darjah sementaraBlok baruPapan JKR pada Bulan Julai 2011Bilik guru baruBlok baruBlok baru dan Parkir

SKFS telah mendapat 3 bangunan blok baru yang telah diluluskan oleh Kerajaan Malaysia untuk dibangunkan. Blok baru dibangunkan diatas tapak surau dan bangunan lama satu tingkat yang menempatkan beberapa bilik darjah, bilik pusat sumber dan perpustakaan. Kesemua bilik guru sementara, perpustakaan sementara dan pusat sumber sementara telah dipindah ke blok sebelah yang menempatkan beberapa bilik darjah. Kesemua bilik darjah pelajar ditempatkan di bilik darjah sementara yang dibangunkan.

Bangunan untuk pra-sekolah juga terpaksa dipindahkan kerana bangunannya berada didalam kawasan pembinaan namun tidak dirobohkan. Bangunan ini akan meneruskan operasi setelah kerja-kerja pembinaan blok baru selesai. Hanya makmal komputer dan kantin yang masih ditempat asal. Blok baru akan menempatkan kesemua bilik darjah untuk Tahun 1 hingga Tahun 6. Blok baru juga akan menempatkan kesemua prasarana sekolah yang terkini seperti bilik guru berhawa dingin, pusat sumber, perpustakaan dan bilik mesyuarat berhawa dingin, bilik sains, bilik sukan, bilik persalinan, surau, pejabat, dan dewan perhimpunan. Pembinaan bermula pada 10 Ogos 2009 dan dijangka siap pada 30 Januari 2011. Akan tetapi kontraktor yang dilantik Kerajaan Malaysia iaitu Tenang Selalu Construction SDN. BHD. gagal untuk menyiapkan mengikut masa dan tertangguh sehingga akhir tahun 2011.

  • Jalan masuk dari pagar utama
  • Dewan perhimpunan terbuka
  • Kauter Pejabat
  • Perpustakaan
  • Pusat Sumber
  • Pejabat (Lounge)
  • Bilik Guru Besar
  • Bilik Mesyuarat
  • Surau
  • Bilik Sains
  • Bilik Darjah
  • Wuduk

Rujukan

WikiPedia: Sekolah_Kebangsaan_Felda_Selasih http://skfeldaselasih.blogspot.com/ http://www.youtube.com/watch?v=2o9HN8-VeTA https://www.facebook.com/asdisa282 https://www.facebook.com/fadzilah.mohammad?ref=pb7 https://www.facebook.com/fizul.joe?ref=pb https://www.facebook.com/norsalawati.wahab https://www.facebook.com/profile.php?id=1000006064... https://www.facebook.com/profile.php?id=1000007025... https://www.facebook.com/profile.php?id=1000008299... https://www.facebook.com/profile.php?id=1000008857...